Jumaat, 23 Oktober 2009

Kematian Itu Pasti Datang

Al-Fatihah buat bonda Hajah Norhayati Binti Othman, isteri kepada Hj Abdullah Bin Ismail. Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 17hb Oktober 2009 jam 12.20 tengahari selepas menjalani pembedahan jantung 4 hari sebelumnya di Hospital Ampang Puteri Kuala Lumpur. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin

Khamis, 15 Oktober 2009

Aku Kehilangan Boot

15/10/09 5.40pm
Aduhai....sebaik sahaja menunaikan slat asar di masjid Larkin, aku dapati 'boot' yang aku sayang telah ditukar dengan selipar jepun. Puas merata sekelilng masjid aku mencari boot tersebut tetapi gagal ditemui.

Selasa, 13 Oktober 2009

1Malaysia.com.my

Saya telah menghantar komen ke dalam blog PM 1Malaysia.com.my. Timbul persoalan adakah PM larat nak baca semua komen-komen yang dihantar. Untuk yang makan gaji dengan kerajaan janganlah aysik nak minta tambah gaji,elaun dsb. Berilah sumbangan yang lebih besar bagaimana nak tingkatkan ekonomi orang-orang yang bekerja dengan sektor swasta yang bergaji lebih kecil. Lihatlah petani,nelayan, peniaga kecil yang berhempas pulas mencari rezeki untuk menyara keluarga. Tak cukup lagi ke segala kemudahan dan gaji yang kerajaan beri kepada mereka?

Lebuhraya Pasir Gudang

Kebosanan terperangkap dalam kesesakan setiap kali setiap hari melalui lebuhraya Pasir Gudang membuat setiap pengguna yang menggunakan lebuhraya tersebut mengalami 'stress' . Saya tidak nampak dalam jangkamasa yang agak lama (mungkin lebih 10 tahun) ada rancangan atau penambahbaikan , cadangan atau tindakan susulan dari pihak yang berkenaan berusaha mengatasi kesesakan di lebuhraya ini.